Wednesday, 14 May 2008

Office Hilang PDF Maker

Baru baru ini terjadi malapetaka bila saya tidak dapat convert fail daripada microsoft word kepada PDF. Setelah diselidiki rupa-rupanya butang Convert PDF di Microsoft Word saya telah hilang.Maksudnya fungsi PDF Maker dalam Microsoft Word saya telah hilang. Apa sebenarnya yang terjadi…?
Saya cuba mencari jawapan untuk masalah tersebut. Pelbagai cara yang saya lakukan untuk memulihkan masalah tersebut. Antaranya ialah update Acrobat Reader Profesinal, update Microsoft Office, Install semula Acrobat Reader PRo dan Microsoft Office, namun masalah ini tidak selesai juga. Terpaksalah minta bantuan kepada pakcik Google.
Berikut adalah beberapa penyelesaian yang diperolehi daripada pakcik Google :
JAWAPAN 1 : Mengeluarkan Adobe PDF daripada Senarai Disabled Item
  • Buka program Microsoft Office (Word, Excel)
  • Pergi ke Help > About [nama program]
  • Klik “Disabled Items”.
  • Pilih Adobe PDF daripada senarai dan klik Enable.
  • Tutup program Office tersebut dan buka semula.
  • Jika tiada masalah, butang PDF Maker akan tertera di dalam Microsoft Word anda. Jika tidak anda boleh gunakan jawapan-jawapan berikutnya.
JAWAPAN 2 : Pastikan komponen PDF Maker di pasang
  • Pilih Start > Run, taip appwiz.cpl, dan klik OK untuk membuka kotak dialog Add Or Remove Program.
  • Pilih Adobe Acrobat 7 dan klik Change / Remove.
  • Bila Wizard terpapar, klik Next.
  • Pilih Modify dan klik Next.
  • Kembangkan paparan Create Adobe PDF , kemudian klik down arrow pada objek Acrobar PDF Maker.
  • Pilih “This feature will be installed on the local hard drive” dan klik Next, kemudian klik Update.
JAWAPAN 3 : Aktifkan file COM add-in di dalam aplikasi Office
  • Buka aplikasi Office anda.
  • Pilih Help > About [nama aplikasi]
  • Klik Disabled.
    • Jika Acrobat tersenarai, pilihdan klik Enable. Tutup kotak dialog dan restart semula aplikasi Office.
    • Jika Acrobat tidak tersenarai, pastikan “PDFMOfficeAddin.dll” terdapat di dalam folder “Acrobat 7.0/PDFMaker/Office”. Jika fail ini hilang, anda perlu reinstall semula Acrobat.
JAWAPAN 4 : Tukar marcos level security di dalam aplikasi Office anda
Untuk fail COM add-in yang di load ke dalam windows, salah satu tab Trusted Publishers mestilah menyenaraikan Adobe Systems Inc. atau security setting mesti di tukar. Dalam aplikasi Office 2000, XP, atau 2003 :
  • Dari menu Tools, pilih Macro > Security.
  • Klik tab Trusted Publisher :
    • Jika Adobe Systems Inc tersenarai, tiada perubahan yang perlu dilakukan.
    • Jika Adobe Systems Inc tidak tersenarai, teruskan ke langkah ke 3.
  • Pilih salah satu setting berikut:
    • Dalam tab Security, tetapkan level keselamatan kepada Very High; dalam tab Trusted Publishers, pilih Trust All Installed Add-ins And Templates.
    • Dalam tab Security, tetapkan level keselamatan kepada High; dalam tab Trusted Publisher, jangan pilih Trust All Installed Add-ins And Templates.
  • Tutup semua kotak dialog, dan restart semula aplikasi tersebut.
JAWAPAN 5 : Tambah fail COM add-in ke dalam Windows Registry
  • Dalam Windows Explorer, letakkan fail COM add-in (PDFMOfficeAddin.dll) dan lihat path sebenarnya.
  • Pilih Start > Run.
  • Type “regsvr32 diikuti dengan satu ruang, dan taip path seperti di atas. Cth : regsvr32 “C:\Program Files\Adobe\Acrobat 7.0\PDFMaker\Office\pdfmofficeaddin.dll“
  • Klik OK, dan start semula aplikasi Office.
JAWAPAN 6 : Jalankan Detect And Repair
  • Tutup semua aplikasi anda dan restart Windows.
  • Start Acrobat.
  • Pilih Help > Detect And Repair dan ikuti arahan pada skrin komputer anda.
  • Selepas proses repair selesai, restart semula komputer.
JAWAPAN 7 : Buang fail COM add-in Word yang lain
  • Buka perisian Word
  • Pilih Tools > Customize.
  • Klik tab Command dan pilih Tools di dalam senarai Categories
  • Pilih COM Add-ins dan tarik ke dalam toolbar Word.
  • Klik menu COM Add-ins pada toolbar Word
  • Pilih dan buang semua add-ins kecuali Web Page Wizard dan Microsoft Word Fonts Tool.
  • Keluar dan start semula Word.
JAWAPAN 8 : Remove Microsoft Works
Adobe telah mengenal pasti bahawa konflik Microsoft Works dengan Microsoft Word akan mencegah Adobe PDF Convert daripada terpapar di dalam Word. Microsoft Works telah di Install di kebanyakan komputer.
Untuk membuang Microsoft Works :
  • Pilih Start > Run, taip “appwiz.cpl” , kemudian klik OK untuk membuka kotak Add Or Remove Programs.
  • Pilih Microsoft Works, dan klik Change / Remove.
  • Bila Wizard terpapar, klik Next.
  • Pilih Remove, dan klik Next, kemudian lakukan mengikut arahan pada skrin sehingga selesai.
P/S : Daripada kebanyakkan jawapan di atas, saya hanya menggunkan JAWAPAN 1 untuk menyelesaikan masalah saya. Thanks uncle GOOGLE.

Sunday, 11 May 2008

Tambah Domain Dalam Hosting Sedia Ada

Baru-baru ini saya telah menambah domain name terbaru ke dalam hosting sedia ada yang saya gunakan untuk Rahsiakomputer.com. Domain apa pula ni…? Adalah …. untuk produk terbaru dari saya. Produk apa pula tu…? Buat masa ni masih dalam proses pengembangan, so belum boleh bagi tahu lagi…tunggu saatnya !!!

Apa yang saya nak bincangkan di sini adalah berkaitan dengan menambah domain baru kedalam hosting sedia ada. Bagaimana cara dan langkah-langkah kita boleh menambah domain tersebut kedalam hosting itu.? Bagi orang baru seperti saya mungkin agak sukar dan ragu-ragu. Namun setelah selesai melakukanya proses tersebut, rupa-rupanya ianya terlalu mudah.

Sebenarnya kita boleh menambah seberapa banyak domain name ke dalam satu hosting. Namun ia bergantung kepada keperluan dan spesifikasi perkhidmatan hosting yang anda gunakan. Oleh itu, pastikan hosting anda menyediakan sokongan untuk menambah domain name baru sebelum anda melakukan proses ini.
Berikut diterangkan langkah-langkah menambah domain name tersebut :
  • Dapatkan (beli) domain name terbaru daripada penyedia perkhidmatan hosting yang anda gunakan sekarang.
  • Masuk ke dalam Cpanel hosting anda, dan klik “Addon Domain“.
  • Masukkan maklumat domain, seperti berikut :
  1. New Addon Domain : Masukkan nama domain yang telah anda daftar seperti “namadomain.com”. Pastikan anda tidak manaip “http://” atau “www”.
  2. Username / Directory name : Masukkan nama bagi domain tersebut. Biasanya nama yang diletakkan adalah sama dengan nama domain anda.
  3. Password : Masukkan “password” untuk domain itu.
  • Klik Butang “Add“
  • Satu folder “namadomain.com” tercipta di dalam folder “public_html” anda. Ini adalah folder untuk domain terbaru anda. Segala fail dan data perlu dimasukkan kedalam folder baru tersebut.
Nota : Pastikan domain yang anda tambah ini berjaya di “point” ke dalam hosting anda. Jika tidak berjaya di “point“, minta bantuan daripada penyedia perkhidmatan domain & hosting anda untuk bantuan point domain tersebut ke dalam hosting. Selepas proses “point” berjaya, anda perlu menunggu 1 hingga 6 untuk proses propagation sebelum domain tersebut boleh digunakan.
Untuk maklumat lebih jelas, klik sini.

Sunday, 4 May 2008

Browser 3D

AT&T sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Amerika telah mengumumkan pelancaran browser mereka yang terbaru, yang diberi nama POGO. Perkara ini membuat banyak orang bertanya-tanya, “Untuk apa AT&T memasuki pasaran browser?” Dan jawapan yang mereka berikan adalah, “Untuk mengeratkan hubungan yang lebih baik dengan pelanggan mereka.”
POGO adalah gabungan dari kod browser Mozilla dan teknologi dari Vizible di mana AT&T memiliki saham. Browser ini menampilkan setiap halaman web dalam bentuk 3D yang biasa kita lihat pada PICLENS (Add-ons Firefox), flip 3d (OS Vista), Time Machine dan CoverFlow (Mac Leopard). Pada bahagian bawah browser terdapat bar yang berisi history halaman-halaman web yang pernah kita kunjungi, diberi nama Springboard.
Perhatikan video di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut.

Tuesday, 4 December 2007

Peluang Buat Duit Dengan Ebook PERCUMA

Salam sejahtera semua,

Kali ini saya akan kongsikan satu lagi peluang baik untuk buat duit. Anda hanya perlu mengedarkan ebook PERCUMA dan setiap download akan dibayar kepada anda.

Baiklah, seorang Internet Marketer terkemuka dunia iaitu Mike Filsaime sekali lagi muncul dengan ebook laporannya percumanya yang bertajuk The Death of Network Marketing. Ebook ini ditulis bersama Dr Ellie Drake yang merupakan pakar pemasaran network dan MLM.

thedeathreport2.jpg

Laporan percuma ini yang menerangkan ancaman terhadap pemasaran rangkaian seperti MLM dan bagaimana anda boleh buat persediaan menghadapinya. Laporan ini ringkas (45 mukasurat) dan menarik isinya.

Jadi dapatkannya segera dengan klik di sini:

http://www.the-death-of-networkmarketing.com


Bagaimana anda boleh buat duit & mendapat keuntungan daripada ebook ini?

Mudah sahaja….
Pertama sekali, klik pada link yang saya berikan dan daftarkan nama serta email anda. Anda akan diberi kod untuk memasuki laman web tersebut untuk mendaftar. Berikan segala butiran yang diminta dan ikuti segala
arahan mudah yang diberikan.

Apabila selesai, anda akan diberikan kod affiliate. Sebarkan maklumat dan kod affiliate ini kepada seramai
mungkin rakan dan kenalan anda. Bagi setiap laporan ebook ini yang di download, anda akan menerima
komisen USD0.25 (lebih kurang 85 sen).

Bukan itu sahaja, anda akan menerima tambahan USD0.25 (2nd tier) lagi bagi setiap download yang berjaya dihasilkan oleh rakan yang telah mendaftar di bawah anda!

Lumayan bukan…apa tunggu lagi download dan sebarkan segara.Terpulang kepada anda untuk rebut peluang ini yang hanya terbuka sehingga 15 Januari 2008.

Klik di sini untuk menyertai program ini:

http://www.the-death-of-networkmarketing.com

Sekian

Wednesday, 28 November 2007

Panduan Membeli Secara Online

Pernahkah anda membeli belah secara online…? Maksudnya anda membeli sesuatu barang atau produk melalui internet…atau anda memang tidak tahu bagaimana membeli secara online…atau juga anda masih takut dan tidak yakin untuk membeli secara online.

Jadi kepada anda yang belum pernah membeli secara Online, bermula pada hari ini, biasa-biasakanlah diri. Kita sekarang sudah berada di zaman teknologi yang kadangkala tidak memerlukan kita melangkah keluar dari rumah untuk membeli sesuatu.

Di Malaysia ramai orang yang masih takut-takut untuk membeli secara Online dengan alasan tidak selamat. Selagi anda tidak mencuba dan belajar, selagi itu wujudnya alasan tersebut.

Sebagai panduan kepada anda yang mahu membeli secara Online, tetapi tidak tahu, dan tidak yakin maka satu panduan PERCUMA membeli secara online telah pun dihasilkan.

Anda boleh DOWNLOAD dengan klik kanan pada imej di bawah dan pilih ‘Save Target As..’ (bagi Internet Explorer) atau ‘Save Link As..’ (bagi browser Firefox) :


Jika anda seorang usahawan atau bukan seorang usahawan, anda boleh megedarkan panduan PERCUMA ini kepada sesiapa sahaja atau kepada kenalan anda. Semoga ebook ini akan memberikan mereka gambaran lebih jelas tentang membeli belah secara online

Kalau anda mahu mengedit isi kandungan ebook ini dan jadikan ia versi anda sendiri, sila dapatkan versi Word melalui penulis asalnya. Klik di sini jika berminat.
Sekian.

Friday, 16 November 2007

Peluang buat duit untuk anda..

Salam kecerian untuk anda semua..

Disusuli dengan kecerian ini…satu berita baik untuk anda memulakan perniagaan dan buat duit melalui Internet…Nak tahu apakah peluang buat duit itu, bacalah post kali ini sehingga kehujungnya.
Anda mungkin biasa dengan Internet..atau dengan kata lain melayari Internet….Namun, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Internet itu…? Apa pula yang dimaksudkan dengan FTP, HTML, Domain Name, Hosting .. dan beberapa perkara yang berkaitan dengan dunia Internet ini..?

Saya tahu…ada diantara anda yang sudah mengetahuinya. Bagaimana pula mereka yang tidak mengetahuinya..? Ha..tentu sedang menggaru-garu kepala yang tak gatal..Apa ya maksud dan kepentingannya..? Pertanyaan dan persoalan yang tidak akan terjawab hanya dengan menggaru kepala sahaja.
Memang ada diantara kita yang tidak tahu langsung mengenai FTP, HTML, Domain Name, Hosting dan sebagainya. Oleh itu, satu panduan mudah dan praktikal telah dihasilkan oleh saudara SmartZul. Ebook ini dikenali PANDUAN MUDAH FTP.
ftpcoverbig.jpg
Didalam ebook ini anda akan diajar mengenai asas Internet, server, kod HTML dan fungsinya, domain dan hosting termasuk panduan pembelian, FTP dan kegunaannya, upload dan download dan banyak lagi berkaitan dengan Internet.

Satu kelebihan yang ada pada produk ini ialah ia disertakan sekali dengan MASTER RESELL RIGHT (MRR). Maksudnya anda boleh jual semula produk ini dan anda juga dibenarkan memberikan hak jualan semula kepada pelanggan anda untuk mereka juga menjual semula produk ini….HEBAT BUKAN.
Oleh itu, dengan harga pengenalan yang istimewa ini hanya untuk anda, dapatkan segera EBOOK ini dengan HARGA..??? KLIK SINI.


Bagi anda yang tidak tahu bagaimana membina laman web dan memulakan perniagaan Internet,, anda tidak perlu risau kerana segala-galanya telah tersedia untuk anda. Dengan hanya beberapa langkah penetapan / setting sahaja, anda sudah memiliki laman web perniagaan sendiri. Segalanya disertakan bersama PANDUAN MUDAH FTP ini.

Bertindak segera untuk ilmu yang bermanfaat ini. Segalanya DISINI.

Thursday, 15 November 2007

Pembayaran menggunakan kad kredit

Bila anda menjalankan perniagaan di Internet. Sistem pembayaran perlu di ambil perhatian. Ini kerana ia akan menentukan pendapatan anda dalam perniagaan tersebut.

Pelbagai cara & bentuk pembayaran yang boleh dilakukan. Salah satunya ialah pembayaran menggunakan kad kredit. Salah satu syarikat yang boleh menguruskan penerimaan pembayaran menggunakan kad kredit ialah PAYPAL.

Anda perlu menyediakan perkhidmatan ini di laman web perniagaan anda sebagai satu alternatif pembayaran. Ini kerana, boleh dikatakan lebih 50% pembayaran dibuat di Internet melalui kad kredit.
bayar_paypal.png
Sehubungan dengan kepentingan itu, RahsiaKomputer juga baru sahaja menyediakan pekhidmatan pembayaran menggunakan kad kredit / Paypal terhadap produk Panduan Pakej Lengkap.
ppl.gif
Kini anda sudah boleh membeli produk Panduan Pakej Lengkap Komputer dengan menggunakan kad kredit atau paypal anda. Jangan tunggu jika anda berminat dengan produk ini. Tawaran Resell Rights juga masih lagi di buka.
Selamat kejayaan
Sekian