Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, 14 May 2011

Nera AF9 Menggoda Dalam Gaya Seksi Bikini

Nera atau nama penuhnya Queennera Francine Francis Kitingon, merupakan satu-satunya peserta Akademi Fantasia 9 yang mengamit pemerhatian kami. Bukan kerana bakat nyanyian, tetapi kami lebih tertarik dengan profile Nera AF9 yang pernah bergelar naib juara untuk Miss Earth- Water Sabah 2010.

Nera sebelum memasuki AF9, amat aktif bergiat dalam pertandingan nyanyian, antaranya ialah Kente3. Nera, kini berumur 19 tahun bukan sahaja cantik, malah pandai mengayakan aksi-aksi mengoda di depan lensa kamera. Kami terjumpa beberapa keping gambar di flickr yang boleh mengugatkan keimanan.

Kalau tidak, takkan lah Hattan pernah memberikan komen terhadap Nera, “Awak punya liuk lentuk tu tak menggoda saya, sebab awak nyanyi keluar masuk, keluar masuk. “Tone” sedap. Kalau ada “dinner” saya panggil awak tapi kalau “vocal” saya tak nak panggil awak. Kalau nak buat lelaki-lelaki meleleh air liur tengok awak saya panggillah. Fikirlah.” -Ohbulan

Maharaja Lawak: Amir Disingkir

KUALA LUMPUR: Peserta Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23 tidak menyangka bahawa dirinya disingkir, selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu ketujuh program tersebut, Jumaat.

Amir yang sering dianggap gagal mempersembahkan lawak yang berkualiti bagaimanapun, menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

"Walaupun persembahan saya dianggap tidak lawak, saya percaya orang masih terhibur dengan persembahan saya.

"Lagipun saya rasa, penonton suka dengan persembahan saya. Apa-apa pun, saya akur dengan keputusan ini," katanya yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.


Barisan peserta yang berjaya meneruskan pertandingan Maharaja Lawak pada minggu hadapan.

Selepas penyingkiran tersebut, pengacaranya, AC Mizal, membuat pengumuman bahawa semua peserta Maharaja Lawak yang tersingkir sebelum ini berpeluang untuk kembali ke program itu semula menerusi Undian Masuk di laman Facebook rasmi Maharaja Lawak iaitu www.facebook.com/MaharajaLawak .

Kata Amir, undian masuk tersebut sudah pun dijangka akan berlaku dan berharap mendapat peluang kedua untuk membuat persembahannya jika dirinya diundi.

Format Undian Masuk itu sekaligus memberi peluang kepada kumpulan Wai, R2, XN3, Alex, Jihan termasuklah Amir beraksi pada minggu hadapan.

Pada malam pertandingan tersebut, kumpulan Jambu telah mendapat markah tertinggi sebanyak 60 peratus (%), kumpulan Jozan (58%), kumpulan Sepah (54%), Nabil (52%), kumpulan Balas (42%) dan Man mendapat markah 40%.

Persembahan pada malam itu bertemakan silent comedy dan antara peserta yang mendapat pujian daripada pihak juri ialah kumpulan Balas, Jambu, Jozan dan Sepah.

Bagaimanapun, persembahan Nabil yang dinanti-nantikan itu gagal memikat hati penonton.

Program Maharaja lawak disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna pada setiap Jumaat. -Mstar

Apakah Benar Tentang Band DEWA & Freemason

Apakah kaitannya Freemason dan band Dewa dari Indonesia ni?.. mungkin korang semua dah tahu kot, aku just nak share je kat korang.. Sebenarnya dah lama aku perhatikan video-video klip kumpulan Dewa ni macam ada sesuatu yang tersembunyi disebaliknya, tapi aku malas nak buat kajian.

Tapi bila aku search kat Youtube aku ternampak video yang mengupas lebih lanjut tentang apa itu Freemason dan band Dewa ni. Ada kebenaran dan persamaan yang tersirat dan tersurat dalam album dan video klip yang disampaikan kumpulan Dewa, jadi korang tengok dan fikirlah sendiri ye.

Sedikit info tentang Freemason, mempunyai lebih kurang 6 juta anggota diseluruh dunia lebih dari 120 negara. Kebiasaannya penganut Freemason ni ramai dikalangan lelaki dan kini sudah banyak juga dikalangan perempuan. Organisasi ini bukan merupakan organisasi agama dan tidak berdasarkan pada teologi apapun. Perkataan mason berasal dari bahasa France iaitu maçon, yang bermaksud “tukang batu”.

Jom kita tengok video yang mengupas isu Freemason, mata satu, piramid tak siap, piramid mata satu, simbolik pikiran yang dikuasai dajjal, dan apa kaitannya dengan band Dewa ini. Mungkin ianya sekadar kebetulan tapi apakah yang tersirat hanya pemilik lagu dan band Dewa je yang tahu sebab diorang yang buat.












Sumber klik

Tuesday, 10 May 2011

Sarimah Berjuang Untuk Hidup Kerana Kanser

Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu.

Menurut Sarimah, dia berjuang untuk hidup selepas diberitahu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.

“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama tiga bulan.

“Saya reda dan percaya dengan ketentuan Allah SWT dan dalam pada itu saya berusaha juga untuk berubat,” katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahunnya, di Restoran Warisan, di sini, Jumaat lalu.

Katanya, dia juga merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga kecuali anak bongsunya, Yusarima Puteri.

“Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dengan keadaan tersebut.

“Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya.

“Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja,” ujarnya.

Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan.

“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.

“Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar,” katanya.

Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.

“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap empat. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini.

“Alhamdulillah ia bagaikan serasi dengan saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar,” katanya.

Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut.

“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.

“Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang,” katanya. -Mstar

Schwarzenegger & Isteri Bakal Bercerai?

LOS ANGELES: Bekas Gabenor California dan juga pelakon Terminator, Arnold Schwarzenegger dan isterinya selama 25 tahun, Maria Shriver, pada Selasa mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk berpisah tidak lama lagi.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Schwarzenegger, kedua-dua pasangan itu kini sedang menguruskan tentang masa depan hubungan mereka yang akan hidup terpisah tetapi memberi komitmen untuk terus bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebajikan empat anak mereka.

"Selepas memikirkan semasak-masaknya, melakukan perbincangan serta berdoa, akhirnya kami membuat keputusan ini secara bersama," jelas kenyataan itu lagi.

Adalah masih belum jelas sama ada mereka akan terus bermastautin di kediaman mereka di Brentwood atau anak-anak akan berada di bawah jagaan siapa.

Jurucakap Schwarzenegger, Daniel Ketchell bagaimanapun berkata, setakat ini beliau tidak akan memberi kenyataan lebih daripada apa yang dinyatakan di dalam kenyataan ringkas tersebut.

Schwarzenegger, yang kini merupakan ahli politik dari Parti Republican (parti George Bush) baru sahaja menamatkan perkhidmatannya sebagai Gabenor California selama tujuh tahun, Januari baru-baru ini.

Beliau kini secara aktif menyatakan hasrat untuk terjun semula ke dunia lakonan. Manakala Shriver pula merupakan salah seorang daripada keturunan dinasti politik terkemuka Amerika iaitu anak saudara bekas presiden John F Kennedy.

Kedua-dua pasangan itu baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 pada 26 April lalu tetapi tidak memberikan sebarang indikasi akan masalah perkahwinan mereka langsung.

Shriver yang juga merupakan seorang bekas wartawan penyiaran telah meninggalkan kariernya di NBC News sejurus selepas Schwarzenegger mengangkat sumpah sebagai gabenor. -Mstar

Monday, 25 April 2011

Lindsay Lohan Bersedia Masuk Penjara



LONDON: Penyanyi dan pelakon bermasalah, Lindsay Lohan yang berasa marah dengan hukuman penjara selama 120 hari ke atasnya, bagaimanapun akur dan bersedia untuk menjalani hukuman tersebut, kata rakannya, produser Nathan Folks.

Lohan diarahkan untuk masuk semula ke penjara untuk kali keempat kerana melanggar tempoh pemerhatian yang ditetapkan oleh hakim di Los Angeles atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk pada 2007.

"Dia (Lohan) berada dalam keadaan yang baik. Sudah tentu dia sedih dengan hukuman penjara selama empat bulan itu.

"Dia marah kerana telah cuba untuk berubah dan tidak melakukan perkara yang didakwa iaitu mencuri rantai leher," katanya seperti yang dipetik people.com.

Hukuman ke atas Lohan termasuk 400 jam khidmat masyarakat itu dijatuhkan selepas aktres itu mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mencuri rantai leher daripada sebuah kedai emas di California pada Januari lalu.

"Dia bersedia untuk menjalani hukuman itu. Dia mahu... melakukan lebih daripada 400 jam khidmat masyarakat. Hakikatnya, dia telah melakukan banyak kerja amal pun," katanya lagi.

Lohan kini reda untuk menerima apa juga keputusan daripada mahkamah apabila perbicaraannya bermula 3 Jun depan.

Ayat mesti power

"Ayat mesti power" itulah ungkapan yang sering dizahirkan oleh penulis seni kata lagu terkenal, Loloq setiap kali ditanya oleh media atau rakan-rakan seni ketika hayatnya.

Ternyata apa yang di cakap itu bukanlah kata-kata kosong. Hasil tulisannya menerusi seni kata memang mudah difahami, senang dihayati selain tidak mudah disebut. Seni kata yang ditulisnya memiliki pengertian tersendiri. Ia mungkin sekadar cinta biasa, tetapi kemungkinan mengenai falsafah hidup, kemanusiaan, kerohanian, persahabatan dan persaudaraan serta berkaitan dengan sejarah serta keagamaan.

Sebahagian hasil tulisan lirik Loloq itu dinyanyikan semula oleh Datuk M Nasir, Ramli Sarip, Ella dan kumpulan Spider dalam Konsert Untukmu Loloq di Istana Budaya (IB) dari 22 April dan berakhir 24 April.

Turut mewarnai konsert ini ialah pemuzik dan artis kebudayaan dari Badan Kesenian Kementerian Pertahanan (BKM) bersama-sama dengan pemuzik dan penari Istana Budaya sendiri.

Keghairahan menyaksikan pementasan konsert berskala besar, biasanya tertumpu kepada siapa artis, genre muzik, lagu dan elemen kekaguman yang diselitkan di dalamnya. Jarang sesekali kita mengamati dan menghayati bait indah seni kata yang biasanya akan ditenggelami dengan alunan muzik, lebih lagi sekiranya konsert itu mendapat khidmat pemain orkestra.

Konsert ini dimulakan dengan nyanyian koir daripada barisan penyanyi BKM dengan menyampaikan lagu seperti Adam Dan Hawa dan Nilamsari. Kemunculan artis BKM ini tidak menjadi kesalahan tetapi ia terlalu ramai menjadikan pentas sangat sempit sehingga kelihatan ‘tidak bernafas’.
Persembahan koir pada sesi pra-tonton kepada media ini juga ada kelemahan terutama pada lontaran vokal yang kadang-kadang agak sukar untuk didengar oleh penonton.

Matlamat kurang tercapai?

Matlamat utama Konsert Untukmu Loloq adalah mengiktiraf dan menghargai seni kata lagu yang ditulis oleh Loloq. Tidak dinafikan seni kata tulisan Allahyarham ini memang secara kebetulan pula menjadi lagu popular yang dinyanyikan oleh M Nasir, Ella, Spider mahupun Ramli Sarip.

Namun, matlamat itu bagaikan tidak tercapai. Konsert ini akhirnya sekadar memperdengarkan lagu-lagu dan persembahan daripada penyanyinya. Tidak ada tertulis bait seni kata nukilan Loloq dipaparkan pada skrin apabila sesebuah lagu itu dinyanyikan oleh si penyanyinya.

Kesudahannya Konsert Untukmu Loloq tidak menunjukkan kelainan daripada konsert sedia ada. Penampilan penyanyi popular seperti Nasir, Ramli, Ella dan Spider hanyalah sekadar mempersembahkan lagu hasil penulisan tokoh yang dirai.

Menerusi konsert inilah seharusnya kita paparkan karya agung yang ditinggalkan arwah Loloq untuk penonton hayati bait indah yang ingin disampaikan, sekali gus pelaksanaan konsert untuk menghargai hasil karyanya terlaksana.

Sekiranya paparan seni kata itu dimainkan ketika penyanyinya menyanyikan lagu, secara tidak langsung penonton akan lebih menghayatinya malah tidak terkecuali boleh menyanyi bersama.

Malahan lebih indah lagi sekiranya seluruh ruang Panggung Sari termasuklah di lantai, dinding dan siling itu diserikan dengan pancaran laser atau penggunaan multimedia yang memaparkan seni kata terhebat Loloq.

Sebagai contoh, hayati sebahagian bait yang terdapat pada seni kata Syair Laila Majnun nyanyian Ramli Sarip.

Terkulai di puncak rindu
Tenggelam dalam sendu
Kasih mu tak siapa
Bisa tanggalkan

Biar luka parah
Biar jiwa lara
Kasih mu yang sebati
Sukar ku pisah...

Begitu juga dengan beberapa bait indah yang terdapat di dalam lirik lagu nyanyian M.Nasir di dalam Mantera Semerah Padi yang seolah-olah seperti satu keramat kerana ia mengangkat kepahlawanan bangsa Melayu.

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok...

Bagaimanapun, konsert yang turut menggunakan khidmat 20 koir daripada BKM berfungsi membantu penonton dalam penyampaian seni kata tanpa penggunaan muzik latar.

Konsert yang diterbitkan Global Network Entertaiment Sdn Bhd (GNE) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kementerian Pertahanan Malaysia itu diarahkan oleh Lokman Ghani.

“Saya akui dengan cara inilah konsert ini akan memberi kelainan daripada konsert sedia ada sebelum ini. Sebenarnya untuk menghasilkan apa yang tergambar di dalam fikiran saya itu memerlukan kos yang agak besar untuk penyewaan peralatan multimedia khas.

“Walaupun kita tidak dapat menyediakan peralatan itu, namun saya tetap berusaha untuk memaparkan koleksi seni kata hebat semasa persembahan, untuk malam pertama sehingga terakhir menggunakan inisiatif lain,” katanya yang ditemui pada konsert pratonton kepada media Khamis lalu.

Hadir sama, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan balu arwah Loloq Hariah Yaacob serta anak-anaknya.

Selain menyampaikan 24 koleksi lirik terbaik Loloq menerusi empat artis popular itu, ia turut diselitkan dengan sketsa pendek yang dilakonkan oleh Hasnul Rahmat, Azrul, dan Ayem (GNE).

Sketsa yang mendapat sentuhan lirik daripada AD Samad dianggap unik dengan menampilkan karektor yang pernah dijelmakan Loloq menerusi hasil penulisannya seperti Kristo Bimbo, Cendrawasih, Nurbisa dan Wak Jono Sang Jegla. -BH

Sunday, 11 May 2008

Tambah Domain Dalam Hosting Sedia Ada

Baru-baru ini saya telah menambah domain name terbaru ke dalam hosting sedia ada yang saya gunakan untuk Rahsiakomputer.com. Domain apa pula ni…? Adalah …. untuk produk terbaru dari saya. Produk apa pula tu…? Buat masa ni masih dalam proses pengembangan, so belum boleh bagi tahu lagi…tunggu saatnya !!!

Apa yang saya nak bincangkan di sini adalah berkaitan dengan menambah domain baru kedalam hosting sedia ada. Bagaimana cara dan langkah-langkah kita boleh menambah domain tersebut kedalam hosting itu.? Bagi orang baru seperti saya mungkin agak sukar dan ragu-ragu. Namun setelah selesai melakukanya proses tersebut, rupa-rupanya ianya terlalu mudah.

Sebenarnya kita boleh menambah seberapa banyak domain name ke dalam satu hosting. Namun ia bergantung kepada keperluan dan spesifikasi perkhidmatan hosting yang anda gunakan. Oleh itu, pastikan hosting anda menyediakan sokongan untuk menambah domain name baru sebelum anda melakukan proses ini.
Berikut diterangkan langkah-langkah menambah domain name tersebut :
  • Dapatkan (beli) domain name terbaru daripada penyedia perkhidmatan hosting yang anda gunakan sekarang.
  • Masuk ke dalam Cpanel hosting anda, dan klik “Addon Domain“.
  • Masukkan maklumat domain, seperti berikut :
  1. New Addon Domain : Masukkan nama domain yang telah anda daftar seperti “namadomain.com”. Pastikan anda tidak manaip “http://” atau “www”.
  2. Username / Directory name : Masukkan nama bagi domain tersebut. Biasanya nama yang diletakkan adalah sama dengan nama domain anda.
  3. Password : Masukkan “password” untuk domain itu.
  • Klik Butang “Add
  • Satu folder “namadomain.com” tercipta di dalam folder “public_html” anda. Ini adalah folder untuk domain terbaru anda. Segala fail dan data perlu dimasukkan kedalam folder baru tersebut.
Nota : Pastikan domain yang anda tambah ini berjaya di “point” ke dalam hosting anda. Jika tidak berjaya di “point“, minta bantuan daripada penyedia perkhidmatan domain & hosting anda untuk bantuan point domain tersebut ke dalam hosting. Selepas proses “point” berjaya, anda perlu menunggu 1 hingga 6 untuk proses propagation sebelum domain tersebut boleh digunakan.
Untuk maklumat lebih jelas, klik sini.

Wednesday, 28 November 2007

Panduan Membeli Secara Online

Pernahkah anda membeli belah secara online…? Maksudnya anda membeli sesuatu barang atau produk melalui internet…atau anda memang tidak tahu bagaimana membeli secara online…atau juga anda masih takut dan tidak yakin untuk membeli secara online.

Jadi kepada anda yang belum pernah membeli secara Online, bermula pada hari ini, biasa-biasakanlah diri. Kita sekarang sudah berada di zaman teknologi yang kadangkala tidak memerlukan kita melangkah keluar dari rumah untuk membeli sesuatu.

Di Malaysia ramai orang yang masih takut-takut untuk membeli secara Online dengan alasan tidak selamat. Selagi anda tidak mencuba dan belajar, selagi itu wujudnya alasan tersebut.

Sebagai panduan kepada anda yang mahu membeli secara Online, tetapi tidak tahu, dan tidak yakin maka satu panduan PERCUMA membeli secara online telah pun dihasilkan.

Anda boleh DOWNLOAD dengan klik kanan pada imej di bawah dan pilih ‘Save Target As..’ (bagi Internet Explorer) atau ‘Save Link As..’ (bagi browser Firefox) :


Jika anda seorang usahawan atau bukan seorang usahawan, anda boleh megedarkan panduan PERCUMA ini kepada sesiapa sahaja atau kepada kenalan anda. Semoga ebook ini akan memberikan mereka gambaran lebih jelas tentang membeli belah secara online

Kalau anda mahu mengedit isi kandungan ebook ini dan jadikan ia versi anda sendiri, sila dapatkan versi Word melalui penulis asalnya. Klik di sini jika berminat.
Sekian.