Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

Wednesday, 11 May 2011

Langkah mudah berjaya dalam program PPC

http://www.rylanclayne.com/wp-content/uploads/2010/08/ppcmakescents.jpgBerikut diterangkan beberapa langkah yang mudah untuk berjaya dengan program PPC ini :

1. Mencari produk dan pasaran yang niche
• Meletakkan sambungan keyword yang niche dengan “Keyword Reseach Tool”
• Menyelidiki masalah yang sering berlaku melalui forum dan groups seperti Google Group, MSN Group, Yahoo Group dan MySpace.com
• Membuat penyelidikan menyeluruh di Google.com dan NicheBot.com

2. Memilih keyword yang mempunyai persaingan yang rendah tetapi mempunyai kaitan yang tinggi
• Anda perlu ada keyword yang tertentu dan mempunyai kaitan yang tinggi terhadap perniagaan anda. Sebagai contoh, anda mempromosikan “buat duit dengan ebook”, keyword seperti “buat duit” dan “buat duit secara online” perlu dielakkan.
• Senaraikan semua kelebihan dan faedah berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda iklankan. Ini akan membantu menaikkan keyword anda yang berkaitan.

3. Menulis masej pengiklanan yang efektif
• Anda mesti meletakkan alamat keyword anda pada tajuk halaman web.
• Menulis kelebihan dan faedah produk dan perkhidamtan pada keyword description anda
• Meletakkan “pernyataan yang memberi perhatian / tindakan” pada description kedua seperti “buat duit secara online sekarang” dan “dapatkan rahsia utama perniagaan online sekarang”.

Waspada kegiatan curi e-identiti

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap percubaan kumpulan tertentu mencuri e-identiti (phishing) dengan mengambil kesempatan daripada langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengembalikan lebihan bayaran cukai ketika ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan semalam memberitahu, mangsa akan menerima e-mel tidak diundang (spam) kononnya daripada LHDN yang mengatakan mereka berhak mendapatkan pengembalian wang berjumlah RM700.

Mereka kemudian diminta mengklik logo sebuah bank tempatan yang disediakan di laman web palsu LHDN untuk meneruskan proses selanjutnya.

"Jika arahan ini diikuti, orang ramai tanpa disedari akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka," kata kenyataan itu yang memberi gambaran ringkas tentang modus operandi percubaan mencuri e-identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Sehubungan itu, MCMC mencadangkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan browser laman web terkini dengan penyaring e-mel phishing tersedia bina.

Selain itu, mereka juga tidak perlu mudah mempercayai e-mel yang mengumumkan kejayaan memenangi hadiah wang tunai atau pengembalian wang yang meminta maklumat perbankan di Internet.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak menjawab e-mel sedemikian dan menghubungi bank masing-masing jika ragu-ragu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai e-mel palsu tersebut pada 21 Julai lalu dan siasatan terhadap perkara itu sedang dilakukan.

"LHDN menerima laporan mengenai aduan tersebut dari 37 cawangan LHDN di seluruh negara dan kami dapati e-mel tersebut sememangnya mempunyai unsur jenayah iaitu mencuri identiti serta maklumat akaun individu lain.

"Ini kerana LHDN tidak pernah menghantar sebarang e-mel atau pemberitahuan kepada pembayar cukai melalui e-mel. LHDN hanya menghantar surat rasmi kepada pembayar cukai berdaftar," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. -Kosmo

Sunday, 10 April 2011

Strategi Perniagaan: Memilih keyword yang tepat

Keyword atau kata kunci terhadap sesuatu perniagaan di Internet adalah penting. Pemilihan keyword akan menentukan kedudukan laman web anda dalam enjin pencari (search engine). Keyword yang tepat akan menetukan kejayaan laman web anda mendapat halaman pertama di enjin pencari.

Pengguna internet akan menaip kata kunci yang dicari di ruangan yang disediakan oleh enjin pencari dan enjin pencari akan mencari kata kunci yang ditaip.

Kesilapan yang sering berlaku apabila pemilik laman web menitikberatkan terhadap nama syarikat sendiri sebagai kata kunci. Sebagai contoh, anda mendirikan laman web perniagaan “baik pulih komputer” dengan nama syarikat “Mus Friendly”. Beberapa lama kemudian, anda menaip “Mus Friendly” di enjin pencari. Anda begitu gembira kerana laman web “Mus Friendly” berada di kedudukan pertama enjin pencari.

Sebenarnya anda telah melakukan kesilapan yang besar dalam menentukan kata kunci. Harus diingat bahawa seseorang tidak akan mencari “Mus Friendly” tetapi “produk atau perkhidmatan” yang anda jual. Oleh itu “baik pulih komputer” sepatutnya menjadi tumpuan kata kunci laman web anda.

Satu lagi kesilapan yang sering berlaku ialah meletakkan kata kunci yang khusus dan terlalu panjang. Elakkan daripada menetapkan kata kunci yang panjang. Kata kunci yang panjang akan mengganggu laman web anda untuk disenaraikan di halaman pertama enjin pencari.

Sebagai contoh, anda menetapkan kata kunci seperti “pakar dalam baik pulih komputer” pada laman web anda. Adakah seseorang akan menaip “pakar dalam baik pulih computer” di enjin pencari? Tentu tidak kerana kata kunci tersebut terlalu panjang. Seseorang lebih mudah menaip “baik pulih computer” di enjin pencari.

Oleh itu, beri tumpuan pada produk dan perkhidmatan yang anda jual sebagai kata kunci. Tetapkan kata kunci yang senang ditaip dan mudah diingati.

Strategi Perniagaan: Pemilihan Nama Domain

Domain name sebagai papan tanda atau iklan perniagaan anda. Oleh itu ia sangat penting kerana melambangkan perniagaan anda. Namun demikian pemilihan domain name tidak semestinya sama dengan nama syarikat anda. Jika nama syarikat anda panjang adalah tidak sesuai digunakan sebagai domain name anda kerana akan memberi kesan kepada laman web perniagaan anda.

Adalah lebih baik anda meletakkan domain name yang pendek dan dapat memberi kesan kepada pengguna.

Terdapat dua perkara penting yang perlu di ambil perhatian dalam pemilihan domain name iaitu pengguna dan enjin carian.

Pilih domain name yang pendek dan ringkas. Lagi kurang huruf yang digunakan adalah lebih baik. Kalau penjang mudah dilupakan oleh pengguna dan susah pula untuk di taip. Selain itu pilihlah domain name .com berbanding .com.my kerana ia lebih pendek.

Begitu juga jangan letakkan domain name anda dengan perkataan atau nama yang susah untuk dieja dan disebut. Kalau boleh domain name anda memberi maksud kepada perniagaan yang anda jalankan.

Seterusnya pilih domain name yang mudah diingati dan memberi kesan kepada pengguna. Sebagai contoh, yang mana lebih mudah diingati? : “ResepiKuihHariRaya.com” atau “ResepiRaya.com”. Tentulah “ResepiRaya.com” lebih senang diingati.

Patikan juga domain name anda tidak mengelirukan dan kalau boleh ia menggunakan huruf yang kecil. Ini kerana ianya juga senang di taip di dalam Internet Browser dan enjin carian. Sebagai contoh, www.amazon.com, www.ebay.com, www.yahoo.com dan www.microsoft.com.

Enjin carian juga patut di ambil kira dalam pemilihan domain name. Ini kerana cara ini lebih popular untuk seseorang mencari dan sampai ke laman web anda. Enjin pencari akan memberi perhatian yang lebih kepada nama domain yang mengandungi patah perkataan yang dicari oleh pengguna.

Ini adalah kerana nama domain menjadi keyword utama kepada perniagaan anda. Sebagai contoh apabila seseorang mencari “resepi kuih raya” dan menaipnya di enjin carian, maka “resepiraya.com” atau “resepikuihraya.com” yang akan di beri perhatian oleh enjin carian. Perkataan “resepi kuih raya” menjadi keyword atau kata kunci kepada laman web tersebut.

Oleh itu tetapkan nama domain anda bergantung kepada kehendak pengguna dan enjin carian. Selain itu pastikan nama domain anda sesuai dengan latar belakang perniagaan dan produk yang anda jual. Kalau boleh dapatkan nama domain yang sama dengan produk anda atau perniagaan anda.

Wednesday, 28 November 2007

Panduan Membeli Secara Online

Pernahkah anda membeli belah secara online…? Maksudnya anda membeli sesuatu barang atau produk melalui internet…atau anda memang tidak tahu bagaimana membeli secara online…atau juga anda masih takut dan tidak yakin untuk membeli secara online.

Jadi kepada anda yang belum pernah membeli secara Online, bermula pada hari ini, biasa-biasakanlah diri. Kita sekarang sudah berada di zaman teknologi yang kadangkala tidak memerlukan kita melangkah keluar dari rumah untuk membeli sesuatu.

Di Malaysia ramai orang yang masih takut-takut untuk membeli secara Online dengan alasan tidak selamat. Selagi anda tidak mencuba dan belajar, selagi itu wujudnya alasan tersebut.

Sebagai panduan kepada anda yang mahu membeli secara Online, tetapi tidak tahu, dan tidak yakin maka satu panduan PERCUMA membeli secara online telah pun dihasilkan.

Anda boleh DOWNLOAD dengan klik kanan pada imej di bawah dan pilih ‘Save Target As..’ (bagi Internet Explorer) atau ‘Save Link As..’ (bagi browser Firefox) :


Jika anda seorang usahawan atau bukan seorang usahawan, anda boleh megedarkan panduan PERCUMA ini kepada sesiapa sahaja atau kepada kenalan anda. Semoga ebook ini akan memberikan mereka gambaran lebih jelas tentang membeli belah secara online

Kalau anda mahu mengedit isi kandungan ebook ini dan jadikan ia versi anda sendiri, sila dapatkan versi Word melalui penulis asalnya. Klik di sini jika berminat.
Sekian.

Friday, 16 November 2007

Peluang buat duit untuk anda..

Salam kecerian untuk anda semua..

Disusuli dengan kecerian ini…satu berita baik untuk anda memulakan perniagaan dan buat duit melalui Internet…Nak tahu apakah peluang buat duit itu, bacalah post kali ini sehingga kehujungnya.
Anda mungkin biasa dengan Internet..atau dengan kata lain melayari Internet….Namun, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Internet itu…? Apa pula yang dimaksudkan dengan FTP, HTML, Domain Name, Hosting .. dan beberapa perkara yang berkaitan dengan dunia Internet ini..?

Saya tahu…ada diantara anda yang sudah mengetahuinya. Bagaimana pula mereka yang tidak mengetahuinya..? Ha..tentu sedang menggaru-garu kepala yang tak gatal..Apa ya maksud dan kepentingannya..? Pertanyaan dan persoalan yang tidak akan terjawab hanya dengan menggaru kepala sahaja.
Memang ada diantara kita yang tidak tahu langsung mengenai FTP, HTML, Domain Name, Hosting dan sebagainya. Oleh itu, satu panduan mudah dan praktikal telah dihasilkan oleh saudara SmartZul. Ebook ini dikenali PANDUAN MUDAH FTP.
ftpcoverbig.jpg
Didalam ebook ini anda akan diajar mengenai asas Internet, server, kod HTML dan fungsinya, domain dan hosting termasuk panduan pembelian, FTP dan kegunaannya, upload dan download dan banyak lagi berkaitan dengan Internet.

Satu kelebihan yang ada pada produk ini ialah ia disertakan sekali dengan MASTER RESELL RIGHT (MRR). Maksudnya anda boleh jual semula produk ini dan anda juga dibenarkan memberikan hak jualan semula kepada pelanggan anda untuk mereka juga menjual semula produk ini….HEBAT BUKAN.
Oleh itu, dengan harga pengenalan yang istimewa ini hanya untuk anda, dapatkan segera EBOOK ini dengan HARGA..??? KLIK SINI.


Bagi anda yang tidak tahu bagaimana membina laman web dan memulakan perniagaan Internet,, anda tidak perlu risau kerana segala-galanya telah tersedia untuk anda. Dengan hanya beberapa langkah penetapan / setting sahaja, anda sudah memiliki laman web perniagaan sendiri. Segalanya disertakan bersama PANDUAN MUDAH FTP ini.

Bertindak segera untuk ilmu yang bermanfaat ini. Segalanya DISINI.

Thursday, 15 November 2007

Pembayaran menggunakan kad kredit

Bila anda menjalankan perniagaan di Internet. Sistem pembayaran perlu di ambil perhatian. Ini kerana ia akan menentukan pendapatan anda dalam perniagaan tersebut.

Pelbagai cara & bentuk pembayaran yang boleh dilakukan. Salah satunya ialah pembayaran menggunakan kad kredit. Salah satu syarikat yang boleh menguruskan penerimaan pembayaran menggunakan kad kredit ialah PAYPAL.

Anda perlu menyediakan perkhidmatan ini di laman web perniagaan anda sebagai satu alternatif pembayaran. Ini kerana, boleh dikatakan lebih 50% pembayaran dibuat di Internet melalui kad kredit.
bayar_paypal.png
Sehubungan dengan kepentingan itu, RahsiaKomputer juga baru sahaja menyediakan pekhidmatan pembayaran menggunakan kad kredit / Paypal terhadap produk Panduan Pakej Lengkap.
ppl.gif
Kini anda sudah boleh membeli produk Panduan Pakej Lengkap Komputer dengan menggunakan kad kredit atau paypal anda. Jangan tunggu jika anda berminat dengan produk ini. Tawaran Resell Rights juga masih lagi di buka.
Selamat kejayaan
Sekian

Wednesday, 31 October 2007

Panduan Pakej Lengkap

Setelah sekian lama menyepi akibat daripada masalah-masalah tertentu, ebizharian.com kini kembali menulis.
Untuk post kali ini, saya ingin memperkenalkan satu produk kemaskini daripada RahsiaKomputer.com. Produk yang dimaksudkan ialah “Panduan Pakej Lengkap“.
panduan pakej lengkap
Sebenarnya sebelum ini produk ini dikenali sebagai Belajar Proses Installation, namun setelah dikemaskini dan ditambah dengan produk pelengkap terbaru maka ia dikenali dengan Panduan Pakej Lengkap.
Di dalam Panduan Pakej Lengkap ini, terdapat dua produk utama iaitu “Pasang Sendiri Komputer Anda” & “Belajar Proses Installation“. Produk dalam pakej ini berkaitan dengan belajar memasang sendiri perkakasan komputer anda menjadi PC yang lengkap seterusnya melakukan proses installation windows supaya komputer anda boleh berfungsi dengan baik.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Panduan Pakej Lengkap di SINI


Berita Baik


Kini RahsiaKomputer.com membuka peluang kepada anda yang tidak mempunyai produk sendiri untuk memiliki produk Panduan Pakej Lengkap dengan Hak Penjualan Semula (Resell Rights).
Melalui produk ini anda boleh menjualnya semula dan menyimpan semua keuntungan yang anda perolehi. Untuk maklumat lanjut KLIK SINI.

Sunday, 5 August 2007

wajah baru


Ebook di bawah tajuk "Install XP & Microsoft Office" kini diberi wajah baru dengan tajuk "Langkah Demi Langkah - Belajar Proses Installation". Begitu juga dengan minisite telah diperbaharui dan ditambah dengan maklumat terkini.


Ebook ini juga telah dikemaskini dan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan anda memahami sesuatu tajuk itu dengan cepat dan mendalam. Antara bahagian di dalam ebook tersebut ialah :

  • Panduan memilih komputer dan perkakasan serta maklumat tambahan
  • Panduan sebelum melakukan installation
  • Panduan langkah demi langkah melakukan installation windows xp
  • Panduan installation microsoft office
  • Maklumat tambahan berkaitan installation
Untuk maklumat lanjut KLIK SINI.

Tuesday, 8 May 2007

Ebook Install XP & Office dilancarakan..

Salam kebahagian dan kejayaan buat semua..

Kepada semua peminat komputer dan perisian komputer.. Kepada mereka yang tidak tahu melakukan proses installation software terutamanya install Windows XP & Office..dan mereka yang ingin belajar cara membuat proses Installation Windows XP dan perisian lain, ebook terbaru daripada ebizharian kini dilancarkan.
installxp

Ebook yang menerangkan cara melakukan proses Install Windows XP & Office 2003, install driver, perisian sokongan dan maklumat tambahan yang berkaitan. Panduan di dalam ebook ini dipersembahkan secara teori dan praktikal disertakan dengan maklumat bergambar.

Banyak kelebihan dan maklumat berguna yang diberikan di dalam ebook ini. Jangan lepaskan peluang ini jika anda benar-benar ingin mengetahuinya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan ebook ini klik:

Langkah Demi Langkah - Install Windows XP & Office 2003

Thursday, 19 April 2007

Memikat....?

Apakah yang memikat itu...?

Apa yang saya ingin kongsikan pada post kali ini ialah sesuatu yang memikat. Yang di maksudkan ialah perkataan atau ayat yang memikat.


Dalam perniagaan Internet ini, ayat atau perkataan yang memikat penting dalam menarik lebih ramai pengunjung dan pembeli produk yang anda jual.

Anda boleh menghasilkan sesuatu yang memikat terhadap perkataan atau ayat di dalam blog, website atau sales letter anda. Anda juga boleh menulis perkataan memikat ini di dalam banner yang anda hasilkan. Ini bergantung kepada kreativiti anda dalam meletakkan dan menghasilkan sesuatu yang boleh dianggap memikat.

Yang memikat boleh disampaikan dalam bentuk pertanyaan atau ayat secara terus. Oleh itu , mulakan sesuatu yang boleh memikat hati pengungjung website atau blog anda seterusnya mereka boleh menjadi pembeli produk yang anda jual

Salam Kejayaan
mus..@
ebizharian.com

Wednesday, 13 December 2006

Rahsia Buat Duit Dengan Internet


"10 Langkah Terbukti Menjadi Usahawan Internet"
Buku panduan lengkap dengan teknik pemasaran internet yang praktikal. Mendapat sambutan hangat di Pesta Buku Antarabangsa KL 2006


Buku paling lengkap mengenai perniagaan internet pernah ditulis dalam bahasa Melayu. Laris dijual seperti goreng pisang panas walaupun baru 3 bulan berada di pasaran!
Turut disertakan VCD tutorial percuma yang menunjukkan sendiri langkah-langkah kompleks yang sukar ditunjukkan dengan hanya membaca.
Nah!
Inilah formula yang anda cari-cari selama ini. Tiada lagi rahsia, tinggal usaha, anda pasti berjaya!


Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet
"Kunci Kepada Kebebasan Kewangan dan Segala Masalah Wang Anda"

Jika anda mempunyai masalah untuk memulakan perniagaan internet yang berjaya, ataupun langsung tidak tahu mengenai potensi perniagaan internet, seminar ini menyelesaikannya dan memberi anda perspektif baru serta kaedah hingga anda juga boleh memulakan perniagaan internet anda sendiri. Teknik praktikal dan terbukti berkesan!

Ikuti dan pelajari langkah-langkah mudah memulakan perniagaan internet anda dari dua usahawan internet muda Malaysia dan tetamu jemputan mereka yang sudah berjaya melakukannya.
Bengkel sehari "Rahsia Buat Duit Dengan Internet".

Untuk maklumat lanjut, sila klik :-Maklumat Terkini

Step Success For Affiliate Marketing

1) Find Hot Keywords

1: Find the Benefits of products you are promoting.
2: Find the product’s feature you are promoting.
3: Find the product’s competitors you are promoting.
4: Find the product’s domain name, sub-domain name and related directory. 


2) Setup Your Own Auto responder

It is better idea for becoming a successful Affiliate Internet Marketer to gather all visitors’ name and email address. The reason why you have to do like that is to keep your visitor information in your mailing list. Perhaps, you will advertise your products & services to them in the future via email marketing.


To do that, you have to setup your own autoresponder like Aweber, and Getresponse. Both of autoresponder are the most powerful email autoresponder in the current market. 


3) Promote Your Products Through PPC Programs

There are a lot of Pay-Per-Click (or PPC) campaigns in the current market. However, as our experienced, we found that some famous PPC campaigns lead the quality traffics to your website.


Those are PPC programs are Google Adword, Overture- Yahoo, MSN AdCentre.


4) Implement Email Marketing Technique


Setup the powerful email autoresponder to help you to send the “Follow Up”, and “Broadcast” message automatically. We would recommend you to establish Aweber as your email autoresponder.


Use “Short Squeeze Page Style” to gather your visitors’ name and email address.

Tuesday, 12 December 2006

Make money online

In Internet many ways to make money. Many people don't know how to grab this chance.

You can join the following program below to make money online:
  1. Google Adsense
  2. Affiliate Program
  3. -SaifulSham Affiliates
  4. Resale Produk
  5. Sale your produk
  6. Join MLM program
...and many more.
So, what are you waiting for.
Join now.