WASHINGTON : Syeikh Osama bin Laden rahimahullah telah syahid, namun masih ramai membincangkan berita mengenai dirinya dan menjadi topik hangat di pelbagai media massa di seluruh dunia. Kali ini, berita telah melaporkan mengenai video-video Syeikh Osama bin Laden yang dikeluarkan oleh Pentagon, Pentagon mendakwa bahawa lima klip video itu diambil dari kem di Abottabad, di mana serangan dilakukan oleh pasukan AS terhadap lokasi Syeikh Osama.
Dalam video-video tersebut kelihatan Syeikh Osama bin Laden rahimahullah mengeluarkan kenyataan kepada kaum Muslimin dan terdapat salah satu video 'pelik' yang menunjukkan dirinya sedang menonton televisyen siaran Arab.
Menurut keterangan Al Jazeera yang melaporkan dari Pentagon, klip video ditunjukkan kepada wartawan, namun ia tidak dilengkapi dengan rekaman audio (suara), sehingga wartawan tidak mengetahui pesanan apa yang disampaikan oleh Syeikh Osama rahimahullah. Pentagon mendakwa ia bertujuan demi keamanan.
Seorang wartawan investigasi dari Washington DC, Wayne Madsen mengatakan masih sukar mengesahkan kesahihan seluruh video, kerana beberapa diantaranya tidak begitu jelas.
“Ada banyak persoalan yang akan diajukan setelah video itu ditayangkan, kerana telah ada video dan foto sebelum ini yang dianggap foto Bin Laden namun ternyata sebenarnya adalah palsu,” katanya.
Dari keseluruhan video yang dikeluarkan Pentagon, terdapat salah satu klip yang paling pelik, iaitu yang kononnya Syeikh Osama bin Laden sedang menonton televisyen siaran Arab (Al Jazeera-red), menonton berita mengenai dirinya yang dilaporkan di televisyen. Ia duduk di lantai dengan sebuah selimut atau jaket coklat membaluti tubuhnya sambil memegang alat kawalan jauh.
Namun jika diperhatikan lebih dalam, video itu hanya memperlihatkan dari sisi orang yang didakwa sebagai Syeikh Osama, ia tidak memiliki kemiripan dengan Syeikh Osama. Selain itu, seluruh janggut orang tersebut berwarna putih. Sedangkan dalam video lain dan beberapa foto yang telah tersebar luas di internet memperlihatkan bahawa Syeikh Osama memiliki janggut berwarna hitam, walaupun terdapat sebahagian yang berwarna putih.
Apa tujuan sebenar Pentagon mengeluarkan video ini? Apakah ia ingin menunjukkan kepada kaum Muslimin bahawa Syeikh Osama ternyata tidak hidup di dalam gua dan mengangkat senjata, melainkan ia tinggal di tempat nyaman dengan pelbagai kemudahan? Nampaknya AS benar-benar belum benar-benar puas untuk memfitnah Syeikh Osama.
Video yang dikeluarkan AS tanpa rakaman suara berjudul “Pesanan untuk Rakyat Amerika” itu diyakini dibuat pada di tahun lalu, menurut seorang pejabat risikan AS. Namun anehnya tidak ada satupun video yang dikeluarkan bersama suara dan tidak ada yang mengesahkan tarikh pembikinan video itu. Selain itu tidak ada satupun video yang memperlihatkan Syeikh Osama hidup di rumah besar di Abbottabad, di mana AS mendakwa telah membunuhnya di sana. AS juga mendakwa Syeikh Osamah telah tinggal di rumah itu selama lebih kurang enam tahun.
Monday, 9 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Anda
0 Responses to "Pentagon Keluar VIDEO TERBARU Osama Laden"