Pengamal media wajar diberikan hak dan kebebasan dalam menyampaikan laporan tanpa mengira sama ada akhbar berbaasa Melayu, Cina atau Tamil, bagaimanapun diingatkan agar berpegang dengan etika kewartawanan.
Setiap laporan yang diterbitkan perlu tidak boleh menyentuh soal yang boleh menimbulkan sensitiviti semua kaum di negara ini, sama ada melibatkan agama, perkauman dan isu sensitiviti lain, tegas Penyelaras Hak Asasi Suaram, Lucas Yap kepada Harakah.
Lucas berkata beliau percaya setiap akhbar mempunyai garis panduan dalam melaporkan berita, dan sewajarnya setiap pengamal media perlu memahami dan mematuhi garis panduan berkenaan.
"Tidak kira akhbar apa sekalipun, kebebasan untuk melapor memang dipersetujui, cuma kita minta jangan bersikap rasis. Sama ada akhbar berbahasa Melayu, Cina ataupun Tamil. Garis panduan yang ada perlu diikuti," tegas beliau sebagai mengulas tindakan Perkasa membuat demonstrasi membantah cadangan MCA untuk memboikot Utusan Malaysia yang dikatakan bersifat perkauman.
Ketika ditanya dakwaan Perkasa tentang akhbar Cina yang lebih rasis, tetapi didiamkan MCA, Lucas berkata kebanyakan akhbar Cina melaporkan isu-isu berkaitan masyarakat Cina dan kegiatan persatuan-persatuan Cina.
Bagaimanapun, katanya sudah banyak akhbar Cina yang tidak melaporkan isu-isu yang berbaur perkauman kerana menyedari isu sedemikian tidak diterima masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Justeru, beliau berpegang kepada kebebasan berakhbar namun mesti berpegang dengan etika kewartawanan.
Monday, 9 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Anda
0 Responses to "Media tidak harus cetus ketegangan kaum"