
“Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami,” katanya ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di Ketereh, Terengganu petang semalam.
Turut hadir pada pada majlis itu adalah penyelia DUN Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood dan ahli parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan menyahut cabaran bagi berdebat kerana tindakan itu akan memakan diri mereka sendiri.
Nurul Izzah juga berkata beliau menjangkakan pelbagai fitnah lagi bakal dihamburkan terhadap ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.

“Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universiti pun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu,” katanya.
Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (SMS) yang memberi amaran akan menculik anak sulungnya sekiranya dia terus menyokong perjuangan Anwar. -MK
Komen Anda
0 Responses to "Cabaran Debat Najib vs Anwar"