Domain name sebagai papan tanda atau iklan perniagaan anda. Oleh itu ia sangat penting kerana melambangkan perniagaan anda. Namun demikian pemilihan domain name tidak semestinya sama dengan nama syarikat anda. Jika nama syarikat anda panjang adalah tidak sesuai digunakan sebagai domain name anda kerana akan memberi kesan kepada laman web perniagaan anda.
Adalah lebih baik anda meletakkan domain name yang pendek dan dapat memberi kesan kepada pengguna.
Terdapat dua perkara penting yang perlu di ambil perhatian dalam pemilihan domain name iaitu pengguna dan enjin carian.
Pilih domain name yang pendek dan ringkas. Lagi kurang huruf yang digunakan adalah lebih baik. Kalau penjang mudah dilupakan oleh pengguna dan susah pula untuk di taip. Selain itu pilihlah domain name .com berbanding .com.my kerana ia lebih pendek.
Begitu juga jangan letakkan domain name anda dengan perkataan atau nama yang susah untuk dieja dan disebut. Kalau boleh domain name anda memberi maksud kepada perniagaan yang anda jalankan.
Seterusnya pilih domain name yang mudah diingati dan memberi kesan kepada pengguna. Sebagai contoh, yang mana lebih mudah diingati? : “ResepiKuihHariRaya.com” atau “ResepiRaya.com”. Tentulah “ResepiRaya.com” lebih senang diingati.
Patikan juga domain name anda tidak mengelirukan dan kalau boleh ia menggunakan huruf yang kecil. Ini kerana ianya juga senang di taip di dalam Internet Browser dan enjin carian. Sebagai contoh, www.amazon.com, www.ebay.com, www.yahoo.com dan www.microsoft.com.
Enjin carian juga patut di ambil kira dalam pemilihan domain name. Ini kerana cara ini lebih popular untuk seseorang mencari dan sampai ke laman web anda. Enjin pencari akan memberi perhatian yang lebih kepada nama domain yang mengandungi patah perkataan yang dicari oleh pengguna.
Ini adalah kerana nama domain menjadi keyword utama kepada perniagaan anda. Sebagai contoh apabila seseorang mencari “resepi kuih raya” dan menaipnya di enjin carian, maka “resepiraya.com” atau “resepikuihraya.com” yang akan di beri perhatian oleh enjin carian. Perkataan “resepi kuih raya” menjadi keyword atau kata kunci kepada laman web tersebut.
Oleh itu tetapkan nama domain anda bergantung kepada kehendak pengguna dan enjin carian. Selain itu pastikan nama domain anda sesuai dengan latar belakang perniagaan dan produk yang anda jual. Kalau boleh dapatkan nama domain yang sama dengan produk anda atau perniagaan anda.
Sunday, 10 April 2011
Strategi Perniagaan: Pemilihan Nama Domain
Posted by gedungilmu | Sunday, 10 April 2011 | 0 comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Anda
0 Responses to "Strategi Perniagaan: Pemilihan Nama Domain"