Posted by
gedungilmu
| Sunday, 4 May 2008 | 0
comments
AT&T sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Amerika telah mengumumkan pelancaran
browser mereka yang terbaru, yang diberi nama
POGO. Perkara ini membuat banyak orang bertanya-tanya, “Untuk apa AT&T memasuki pasaran
browser?” Dan jawapan yang mereka berikan adalah, “Untuk mengeratkan hubungan yang lebih baik dengan pelanggan mereka.”
POGO adalah gabungan dari kod
browser Mozilla dan teknologi dari Vizible di mana AT&T memiliki saham.
Browser ini menampilkan setiap halaman web dalam bentuk 3D yang biasa kita lihat pada PICLENS (Add-ons Firefox), flip 3d (OS Vista), Time Machine dan CoverFlow (Mac Leopard). Pada bahagian bawah
browser terdapat bar yang berisi history halaman-halaman web yang pernah kita kunjungi, diberi nama Springboard.
Perhatikan video di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut.
Komen Anda
0 Responses to "Browser 3D"