Saturday, 14 June 2008

Menulis Blog Secara Offline

Jika anda seorang blogger, setiap kali anda ingin mengemaskini blog anda atau menulis sesuatu artikel di blog, anda perlu melakukannya secara online. Dengan kata lain login ke blog dan tulis post baru…ini mungkin satu masalah bagi mereka yang tidak selalu online atau tidak mempunyai akses internet di rumah.
Sebenarnya anda boleh menulis blog anda secara offline. Walaupun tiada talian Internet, anda masih boleh menyediakan seberapa banyak artikel yang perlu dan terbitkannya apabila anda online.
Satu perisian yang digunakan untuk tujuan tersebut ialah Windows Live Writer. Dengan perisian ini anda boleh melakukan kerja-kerja blogging seperti menulis artikel secara luar talian. Suasana persekitaran Windows Live Writer adalah lebih kurang sama dengan ruangan menulis artikel blog anda. Mudah dan senang digunakan.
Cara-cara untuk menggunakannya :
  1. Download perisian Widows Live Writer di sini.
  2. Pasang perisian tersebut di dalam komputer anda. Harus diingat, semasa anda memasang perisian ini, pastikan komputer anda mempunyai akses internet. Lihat langkah pemasangan dibawah.
  3. Getting Started - Windows Live Writer
  4. Setelah selesai proses pemasangan, bolehlah anda mulakan penulisan artikel untuk blog anda sebelum menerbitkannya di blog anda yang sebenarnya.
  5. Bagi anda yang pertama kali menggunakan Windows Live Write, anda boleh rujuk panduan dalam video di bawah.
  6. Basic Authoring - Windows Live Writer
  7. Windows Live Write juga boleh digunakan untuk meletakkan dan edit kandungan seperti gambar, video dan maps. Lihat video di bawah.
  8. Pictures, Videos, Maps & Plug-ins - Windows Live Writer
Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan Windows Live Write ini, sila rujuk disini.

Tuesday, 3 June 2008

Backup hasil kerja anda

Dua hari yang lepas adalah hari yang cukup malang. Sedang syok tengok cerita Indiana Jones di Watch Movie, tetiba komputer (laptop) gua jadi hang…gambar yang keluar jadi senget dan tak bergerak. Setelah beberapa saat, keluar skrin biru. Apa tu skrin biru (blue skrin) ..? kejab lagi wa terangkan. Nampaknya tak sempat habiskan cerita Indiana Jones…apa nak buat, nasib tak berapa baik…

Berbalik cerita skrin biru (blue skrin)…ini bukan cerita pasal blue yang tuuuuut …tu ya. Skrin biru adalah skrin yang keluar ketika komputer anda menghadapi masalah seperti hang atau file missing. Biasanya bila berlaku keadaan ini, sistem operasi komputer anda mungkin menghadapi masalah. Bila anda restart komputer, skrin biru ini akan keluar atau keluar masej tertentu semasa komputer melalui proses POST.

Jika nasib tak berapa baik macam saya, komputer anda mungkin tidak dapat dihidupkan. Dengan kata lain tidak boleh memasuki windows. Bila dah jadi macam ni apa lagi, bingung dibuatnya. Bingung bukan pasal tak dapat habiskan cerita Indiana Jones tu, tapi pasal fail-fail yang terdapat di dalam komputer. Bolehkah diselamatkan atau tidak.

Mula-mula saya cuba repair semula windows XP tersebut menggunakan CD Windows XP. Dalam CD tersebut ada arahan untuk membuat repair pada sistem operasi windows anda. Setelah beberapa ketika, proses repair tidak dapat dijalankan kerana ada perkakasan yang tidak dapat dikenal pasti. Wah…gua jadi bertambah bingung.

Seterusnya saya cuba pula menyelamatkan fail-fail yang terdapat di dalam partition C dengan memindahkan fail tersebut menggunakan Command Prompt. Tak dapat juga dilakukan kerana saya tidak dapat memasuki Drive C melalui command prompt. Tak dapat masuk mungkin sebab masalah yang terdapat pada windows tersebut.

Mahu tak mahu saya terpaksa format komputer dan install windows yang baru. Sedih jugalah sebab tak dapat selamatkan fail-fail yang penting. Tak banyak…adalah beberapa image dan dua tiga fail. Nak tahu macam mana saya lakukan proses installation tu….cubalah tengok kat SINI.

Nasihat saya kepada anda, jadikan peristiwa yang menimpa gua tu sebagai satu pengajaran. Pengajaran di sini ialah jangan lupa lakukan back up setiap hasil kerja anda. Berikut saya cuba senaraikan beberapa langkah back up yang boleh anda lakukan.

Gunakan Drive D

Pastikan semua hasil kerja anda di letakkan di partition D (Drive D). Bila berlaku keadaan seperti di atas, fail yang di simpan pada drive tersebut akan selamat. Ini kerana proses format dan install semula windows tidak akan melibatkan partition D.

Untuk memudahkan anda mencapai fail-fail yang di simpan pada Drive D tersebut, buat shortcut fail tersebut di dekstop anda. Cara buat shortcut pada fail ialah : klik kanan pada fail - send to - Dekstop (create shortcut). Selepas itu, satu fail shortcut terbentuk di dekstop komputer anda.

Back Up Fail

Untuk lebih selamat terhadap semua fail-fail dan perisian yang terdapat di dalam komputer anda, sentiasa melakukan back up terhadap semua hasil kerja anda. Lebih elok jika anda simpan fail anda dalam bentuk CD atau DVD. Anda boleh gunakannya bila berlaku sesuatu yang tidak diduga terhadap windows dan komputer anda. Lakukan proses back up file ini secara kerap dan berterusan.

Mencipta Image

Satu cara yang mudah untuk anda menginstall semula windows komputer anda ialah dengan mencipta image (bukan image macam gambar) untuk windwos tersebut. Setakat yang saya tahu untuk mencipta image, anda boleh menggunakan perisian Ghost. Ada juga yang mengatakan boleh menggunakan Partition Magic. Tapi itu saya tak berapa pasti sebab tak pernah gunakannya.

Melalui perisian Ghost, semua fail dan perisian yang terdapat di Drive C akan dibentuk sebagai image. Image ini perlu disimpan di dalam Drive D. Macam mana nak gunakan Ghost, nantikan post yang akan datang. he he…

Bila berlaku hang atau skrin biru dan komputer anda perlu di format dan install semula, dengan hanya menggunakan perisian Ghost dalam beberapa minit sahaja komputer anda akan menjadi seperti sedia kala menggunakan image yang telah dibentuk sebelum ini. Wah memang ajaib….

Dengan cara ini anda tidak perlu install satu per satu perisian yang diperlukan oleh komputer anda. Anda juga tidak perlu risau pasal driver yang mungkin hilang. Ini kerana semua fail, perisian dan driver komputer anda akan tersimpan di dalam image yang terbentuk. Cukup mudah dan menyenangkan.

Rasanya tiga langkah di atas sudah cukup untuk menghilangkan kebimbangan anda bila berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap komputer anda. So apa tunggu lagi, lakukan perkara tersebut sakarang. Jangan tunggu sehingga berlaku perkara tersebut.

P/S : Dua hari gua kerjakan komputer ni baru siap. Lepas ni boleh lah sambung tengok vidoe / movie percuma lagi..kalau berani…ho ho